Tuesday, January 18, 2011

Mayat Hidup Semula...

tarik nafas dalam-dalam sebelum anda melihat gambar ni. tutup separuh mata anda dengan tangan,  tengok dari celah jari dulu….
.
.
.
Photobucket
betul ke tidak ini mayat, mestilah bukan kan….mana ada mayat bleh berjalan, kalau ada tak keluar malam semua org!

Status Wanita Yang Telah Melahirkan

Assalamualaikum.


Saya ada beberapa persoalan yang ingin diajukan pada pihak taun ;

1. Apakah status bagi wanita yang telah melahirkan anak luar nikah (anak dara atau janda)?

2. Bagaimanakah proses yang perlu dilalui oleh wanita tersebut jika ingin berkahwin dengan lelaki yang masih bujang dan bagaimana pula hukum pada saksi yang telah mengetahui bahawa wanita tersebut telah melahirkan anak luar nikah?

3. Adakah dikenakan denda kepada wanita ini kerana melahirkan anak luar nikah tersebut, kalau didenda apakah bentuk denda tersebut?

Di harap pihak tuan dapat memberi penjelasan tentang perkara ini.
Terima kasih.

Jawapan :

1. Wanita yang mealhirkan anak luar nikah masih dikira sebagai anak dara.

2. Proses untuk berkahwin sama seperti permohonan perempuan yang bujang (boleh lihat prosedur permohonan nikah).

Hukum saksi yang mengetahui perkara tersebut sama seperti hukum mengetahui perkara mungkar, perlu dilaporkan, jika tidak dianggap subhat.

3. Dia tidak disabitkan kesalahan anak luar nikah tetapi persetubuhan luar nikah (Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995).

Sabit kesalahan seksyen 25 persetubuhan luar nikah (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.